Friday, October 9, 2009

Petua Hapuskan Cicak

Makanan cicak adalah serangga. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikitlah cicak.

-Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari
ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita.

Kenapa ada serangga di rumah?
Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki
makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup
rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun,
tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI dan
LIPAS.

-Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya kurangkan
serangga. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.

Bahan apa yang cicak takut atau tak suka?
1. Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau.
Lari....!!!
-Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air.
Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak
cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan
ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.

2. Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit
telor.
-Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil
jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan
gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI
KANAK-KANAK. Kulit telur jika termakan boleh tercekik. BAHAYA. JANGAN LALAI.

3. Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan
lalu jugak.
-Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk
ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas
bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka
menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput,
daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di
kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA. JANGAN
LALAI.

4. Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan
menjadi makanan side-dishnya.
-Kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu
bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-penak sekejapan setelah hisap darah. Jika
kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi
serang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak.
Sendiri fikir dan buat keputusan.


Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya
serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat
dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.

3 comments:

Ken Wooi said...

thanks for the tips!
i hate cicaks! =)

kenwooi.com

Tony Wan said...

Hahaha. Interesting. Thx for the advise!

Qaiza said...

Saya ada mengedar penyembur serangga BUKAN racun. Semua serangga boleh guna...boleh hubungi saya jika berminat.. http://qaizashop.blogspot.com/search/label/Penyembur%20Serangga