Wednesday, September 30, 2009

Haluskan Siku & Lutut

( kalau nak lebih berkesan gunalah kertas pasir disagat setiap malam sebelum tidur..ekekek )

Dalam aktiviti seharian, mungkin tanpa kamu sedari bahagian siku dan lutut menjadi tumpuan utama dalam pergerakan tubuh. Siku yang terawat dan lutut yang indah dapat menjadi daya penarik yang tersendiri, terutamanya jika kamu penggemar skirt pendek atau seluar pendek. Oleh itu, berikan sedikit perhatian pada dua bahagian ini.

Mulailah merawatnya secara teratur!Tidak perlu dengan kosmetikyang mahal, melainkan cukup dengan menggunakan buah NENAS. Caranya mudah, parut buah nanas segar yang telah dicucibersih terlebih dahulu, lalu sapukanpada siku dan lututkamu. Gosokkan perlahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat-zat semulajadinya dapat memberi kesan dengan baik. Jus dari nanas akan membuatkan lipatan-lipatan kulit pada siku dan lutut menjadi lembut kembali.

Setelah itu bilas dengan air suam sehingga bersih sampai kulit tidak lagi terasa lekit. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkannya, tidak dengan cara menggosok tetapi cukup ditekan-tekan saja. Selepas itu, letakkan 'baby oil' atau pelembap. Lakukan cara berkesan ini secara ter
atur dan nikmati hasilnya!!

http://alhelmi.tripod.com/petua/petua.htm

No comments: