Thursday, November 5, 2009

Petua Menghilangkan Bau Badan

Masalah bau badan memang menjadi satu kerisauan bagi sebahagian orang terutama mereka yang mempunyai gaya hidup aktif. Ianya boleh mengurangkan keyakinan diri seseorang itu untuk bertemu dengan orang lain.

Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan samada untuk mengurangkan atau menghilangkan bau badan;

* Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuh hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.

* Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini tiga kali seminggu.

* Selepas mandi gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak.

* Kupas sebiji timun muda dan dibasuh bersih. Gosokkan di bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukannya sebaik sahaja selepas mandi dan sekerap mungkin.

* Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.

* Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan disapu ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

* Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.

* Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

* Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.

Friday, October 9, 2009

Petua Hapuskan Cicak

Makanan cicak adalah serangga. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikitlah cicak.

-Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari
ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita.

Kenapa ada serangga di rumah?
Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki
makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup
rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun,
tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI dan
LIPAS.

-Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya kurangkan
serangga. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.

Bahan apa yang cicak takut atau tak suka?
1. Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau.
Lari....!!!
-Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air.
Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak
cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan
ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.

2. Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit
telor.
-Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil
jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan
gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI
KANAK-KANAK. Kulit telur jika termakan boleh tercekik. BAHAYA. JANGAN LALAI.

3. Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan
lalu jugak.
-Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk
ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas
bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka
menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput,
daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di
kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA. JANGAN
LALAI.

4. Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan
menjadi makanan side-dishnya.
-Kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu
bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-penak sekejapan setelah hisap darah. Jika
kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi
serang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak.
Sendiri fikir dan buat keputusan.

Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya
serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat
dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.

Wednesday, September 30, 2009

Haluskan Siku & Lutut

( kalau nak lebih berkesan gunalah kertas pasir disagat setiap malam sebelum tidur..ekekek )

Dalam aktiviti seharian, mungkin tanpa kamu sedari bahagian siku dan lutut menjadi tumpuan utama dalam pergerakan tubuh. Siku yang terawat dan lutut yang indah dapat menjadi daya penarik yang tersendiri, terutamanya jika kamu penggemar skirt pendek atau seluar pendek. Oleh itu, berikan sedikit perhatian pada dua bahagian ini.

Mulailah merawatnya secara teratur!Tidak perlu dengan kosmetikyang mahal, melainkan cukup dengan menggunakan buah NENAS. Caranya mudah, parut buah nanas segar yang telah dicucibersih terlebih dahulu, lalu sapukanpada siku dan lututkamu. Gosokkan perlahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat-zat semulajadinya dapat memberi kesan dengan baik. Jus dari nanas akan membuatkan lipatan-lipatan kulit pada siku dan lutut menjadi lembut kembali.

Setelah itu bilas dengan air suam sehingga bersih sampai kulit tidak lagi terasa lekit. Gunakan tuala lembut untuk mengeringkannya, tidak dengan cara menggosok tetapi cukup ditekan-tekan saja. Selepas itu, letakkan 'baby oil' atau pelembap. Lakukan cara berkesan ini secara ter
atur dan nikmati hasilnya!!

http://alhelmi.tripod.com/petua/petua.htm

Wednesday, September 23, 2009

Petua Menambat Hati Si Isteri

01. Sentiasa berdoa agar disayangi.
02. Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
03. Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
04. Berlatih untuk mendengar dengan baik.
05. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
06. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri.
07. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
08. Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
09. Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.
10. Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
11. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
12. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
13. Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
14. Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
15. Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.
16. Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
17. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.
18. Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
19. Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.
20. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari.

Thursday, September 17, 2009

Petua Cara Nak Bahagia

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu

Thursday, September 10, 2009

Petua Untuk Masalah Badan Berbau

1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu
pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi.

2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga
cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut- turut.

3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit
kapur sireh bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda
selesai mandi. Amal selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.

4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih
dan sedikitkapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut.
Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya
akanberhasil.

http://www.geocities.com/yus_7177my/petua_untuk_masalah_badan_berbau.htm